Ni first time saya buka blog sendiri..try nak berjinak2 dlm berblogger ni..hehe.by the way..Nama saya Noorul Shahida..nama saya mungkin la tak sesedap mcm org lain..tapi nama yg diberikan oleh nenek saya mempunyai makna yg mndalm bg saya..yg bermaksud erti cahaya perjuangan. Kadang-kadang saya rasa nama yang diberikan pada saya sangat berat maknanya. Terfikir juga saya apa yang saya perjuangkan dalam hidup ini sebagai hamba Allah...mm..susah juga nak jawab kan?..Saya seorang hamba Allah yang suka kepada kesederhanaan. Saya anak kedua dari empat adik-beradik..mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Slim River, kemudian menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak dan berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda di UPM.
Saya suka belajar buat sesuatu yang baru. Saya minat mencari experience membuat aktiviti-aktiviti lasak..seperti camping, berbasikal ke, main go cart ke, panjat bukit ke, snorkeling ke,..tapi saya tak mempunyai ramai kawan yang mempunyai minat yang sama and satu lagi kewangan yang menjadi penghalang..hehe. Satu lagi yang menjadi minat saya ialah melancong dan berjalan-jalan tengok tempat orang. Tapi kalau saya boring, tak tahu buat apa..saya suka membaca buku. Apa-apa buku pun tak apa..komik, paper, majalah ilmiah macam solusi,novel..semua saya baca, tapi kalo saya kurang active melayari laman sosial ni seperti laman buka buku(facebook)..jarang-jarang saya buka.
Kalau bab makan ni, saya tidak memilih sangat. Tapi my favorite is laksa, tak tau nape suka pada kuahnye kut..hehe.
No comments:
Post a Comment